Life must go on...

....DUN BE SAD COZ ALLAH IS ALWAYS BY UR SIDE....

Tuesday 17 January 2012

SIHAT SEBELUM SAKIT(HARGAI TULANG BELAKANG)

 SLIPPED DISC


Definisi
Apa itu slipped disc? Aku dulu tak pernah mengambil peduli mengenai perkara ini. Bila seorang kawanku terkena aku hanya berkata pada diri sendiri “Dia kena sebab tak berjaga-jaga” (kawanku bekas pemain ragbi). Aku tak pernah menyangka akan menghadapi kesakitan yang sama. Selepas mendapat sakit, aku dimasukkan ke Hospital selama 2 bulan dan akhirnya menjalani pembedahan. Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas. Aku terpaksa mengambil ubat tidur setiap hari, itupun cuma dapat melelapkan mata 1-2 jam sahaja. Apabila otot kaki kejang, tiada apa yang dapat menghilangkan kesakitan.
Siapa yang akan mendapat slipped disc?
Aku dulu sangat aktif di sekolah terutamanya dalam dua acara; bolasepak dan olahraga. Semasa muda aku tak pernah kisah pasal sakit kaki atau badan. Bolasepak adalah permainan yang agak kasar terutama apabila orang menjatuhkan anda (atau anda yang jatuhkan orang) atau apabila pemain yang terjatuh menghimpit badan anda, tersepak kaki, dan lain-lain. Secara jujurnya aku tak pernah ambik peduli pasal ni kerana merasakan aku akan sembuh setelah berurut. Apabila tamat persekolahan dan memasuki universiti, aku mula mengurangkan aktiviti sukan. Bukan kerana nak tumpukan kepada pelajaran tetapi hanya kerana aku dah malas nak bersaing dan bertanding di sana sini yang memang memenatkan.
Apabila bekerja, masa untuk bersukan berkurangan. Sekali dalam masa 2 minggu atau sebulan aku mengikut kawan pejabat untuk bermain futsal. Selalu menyangka yang badanku masih sama seperti di zaman sekolah, aku akan main sampai tak ingat dunia. Warm up lebih kurang dan terus bermain. Tamat permainan, aku mula merasa kesakitan badan terutamanya dari pinggang ke bawah…kadangkala kakiku kebas sehingga tidak dapat merasa apa-apa bila berpijak. Aku fikir mungkin kerana badanku tak fit. Aku berehat semalaman tanpa makan kerana seleraku hilang akibat terlalu kepenatan. Perkara yang sama berlaku setiap kali aku main futsal. Selepas berehat 2-3 hari, sakit tersebut hilang.
Satu lagi perkara yang aku tak pedulikan ialah kesakitan belakang bila mencangkung terlalu lama. Apabila membelek pokok-pokok bunga di laman rumah dan memotong rumput, aku selalu mengalami sakit belakang yang teramat sangat apabila bangun. Ringkasnya, slipped disc boleh terjadi kepada sesiapa saja terutamanya yang berumur 30 tahun ke atas. Nasihat ikhlasuntuk yang aktif dalam sukan, jangan berhenti dari aktiviti sukan terlalu lama. Pastikan sukan aktiviti yang berterusan. Ingat, anda sekarang bersukan untuk kesihatan dan bukannya untuk memenangi pertandingan.
Cara Rawatan
Dipendekkan cerita, selepas dimasukkan hospital (itupun setelah aku mengalami kesakitan teramat sangat setiap kali membongkok untuk ruku’) dan menjalani MRI, doktor mengesahkan aku mengalami slipped disc. Bergantung kepada tahapnya, slipped disc boleh dirawati melalui 3 kaedah:
1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.
2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan
3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang
Cara Mengelakkan
Berikut ialah cara untuk mengelakkan slipped disc:
Berat Badan
Salah satu faktor penting yang menolong mengelakkan tekanan berlebihan kepada tulang belakang. Pastikan berat badan yang ideal dengan mengikut BMI yang sesuai. Berat badan ideal juga dapat menghindarkan penyakit lain seperti cholestrol tinggi, diabetes dan sakit jantung.
Senaman
Bagi yang bekerja senaman selalunya sukar dilakukan kerana kesuntukan masa. Bebanan kerja di pejabat di samping kerja-kerja dirumah membuatkan kita mengambil ringan tentang perkara ini. Jika tidak cukup masa, pastikan anda membuat senaman ringan seperti regangan setiap kali bangun dari tidur. Selebihnya, cari masa untuk bersukan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Pastikan anda membuat warm up dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan. Ini akan mengelakkan kecederaan dan menguatkan otot terutamanya di bahagian belakang.
Posture
Kebanyakan dari kita tidak mengamalkan posture yang betul terutama semasa bekerja. Pastikan anda tidak membongkok dan bersandar dengan selesa semasa menaip di hadapan komputer. Kecenderungan untuk membongkok akan menyebabkan kesakitan di bahagian bahu, leher dan tulang belakang jika dibiarkan terlalu lama. Ini mungkin akan menyebabkan anda mendapat slipped disc tanpa anda ketahui. Pastikan juga anda meletakkan bantal kecil di bahagian belakang tempat duduk anda dan di dalam kereta. Kurangkan tekanan di bahagian belakang dan bila terasa sakit, pastikan anda bangun dan berjalan-jalan untuk beberapa minit. Elakkan duduk terlalu lama dengan posture yang buruk.
Mengangkat
Jaga posisi badan semasa mengangkat terutamanya barang yang berat. Gunakan teknik yang betul dan jangan membongkok tanpa membengkokkan lutut kerana ini akan menyebabkan tekanan dari berat barang tersebut ditanggung oleh tulang belakang anda. Jika tidak mampu mengangkat, minta pertolongan dan jangan memaksa badan anda hanya untuk kelihatan “macho”. Angkat dengan perlahan dan berhati-hati.
Buat senaman ringkas seperti di bawah setiap pagi. Jika tidak dapat buat kesemuanya, buat 2-3 senaman hari ini, dan teruskan dengan yang lain pada keesokan hari.
Semoga mendapat manfaat, slipped disc tidak mungkin dipulihkan 100% tapi kemungkinan untuk bertambah teruk adalah tinggi jika perkara-perkara di atas di abaikan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya mengalami simptom sakit belakang sebelum ia melarat.
(references: bloggers)

Saturday 14 January 2012

Sesungguhnya, mati itu pasti..

                                                


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-


"Yaitu... hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."


Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:


"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-


1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.


3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.


5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.


8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.


9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.


11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:


12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."



wallahualam..semoga kita tergolong dlm golongan yang ke 12..amin.

Tuesday 1 November 2011

HaPpY BiRtHdAy AtHirAh....^__^

ASSALAMUALAIKUM TIRAH...

HAPPY BUFDAY TO U,
U WERE BORN IN A ZOO,
WITH A MONKEY AND KANGAROO,
HAPPY BIRTDAY TO YOU.....:)
heeeee...

Semoga murah rezki, dipanjangkan umo n sentiasa di bawah lindungan rahmatNya...
I mish u so much la sis...
Bila agaknya boley jumpa ek...

HAPPY BIRTHDAY TIRAH BUCUP



                      

GUD LUCK FOR UR FYP....:)   SARANGHEYO...